‘Caller ID spoofing’ taktik baharu scammer

‘Caller ID spoofing’ taktik baharu scammer

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 481 kes penipuan panggilan telefon atau phone scam direkodkan dengan kerugian sebanyak RM27 juta sepanjang Januari lalu.

Berdasarkan statistik menunjukkan 55 peratus mangsa adalah wanita selain majoriti iaitu 75 peratus terdiri daripada individu berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah kes menunjukkan peningkatan sebanyak 46 peratus manakala nilai kerugian pula melonjak sehingga 58 peratus berbanding tempoh sama pada Januari tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sindiket phone scam kini dikesan menggunakan teknik ‘caller ID spoofing’ bagi memaparkan nombor telefon seolah-olah daripada rangkaian syarikat telekomunikasi tempatan atau agensi rasmi.

Ia sekali gus meningkatkan kepercayaan mangsa terhadap panggilan diterima.

“Modus operandi jenayah ini melibatkan suspek yang menyamar sebagai pegawai agensi penguat kuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mahkamah, selain wakil institusi kewangan termasuk bank serta syarikat insurans.

“Mereka turut menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperdaya mangsa,” katanya di sini hari ini.

Rusdi berkata, mangsa biasanya akan disambungkan kepada beberapa individu lain yang turut menyamar sebagai pegawai berkuasa sebelum dimaklumkan kononnya akaun bank mereka terlibat dalam aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram, dadah atau tunggakan cukai.

Tambahnya, mangsa kemudian diugut supaya merahsiakan perkara tersebut sebelum hanya menyedari ditipu selepas wang dalam akaun bank lesap dan suspek gagal dihubungi.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melayan panggilan daripada nombor tidak dikenali serta tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat perbankan atau data peribadi kepada pihak yang tidak disahkan.

“Lakukan semakan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini