KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penentuan jajaran sempadan antara Malaysia dan Indonesia di Sabah dan Kalimantan tidak berpandukan pampasan, timbal balik atau untung rugi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, ia berasaskan konvensyen antarabangsa, undang-undang dan perjanjian dimeterai, termasuk dua konvensyen dan satu perjanjian utama bagi keseluruhan sempadan Sabah dan Sarawak. Katanya, ia melibatkan Konvensyen Persempadanan 1891 antara Kerajaan British dan Kerajaan Belanda bagi…










