KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti perundangan antara Persekutuan dan negeri berkaitan hasil mineral sebelum memberi maklum balas kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai hasrat negara itu untuk mewujudkan blok kawalan mineral kritikal. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia mempunyai perundangan tersendiri berkaitan hasil mineral kerana ia berada di bawah bidang kuasa negeri. “Kita perlu pastikan perkara ini diharmonikan dahulu kerana kita tidak boleh membuat perundangan dengan membelakangkan negeri kerana…










