PETALING JAYA: Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) memeterai Perjanjian Jual Beli Saham Bersyarat (SSPA) cadangan pelupusan keseluruhan 50 peratus pegangan ekuitinya dalam KL-Kuala Selangor Expressway Sdn. Bhd. (KLKSE) pada pertimbangan tunai RM77 juta. Perjanjian itu dimeterai dengan Arena Irama Sdn. Bhd., manakala cadangan pelupusan itu adalah bebas daripada sebarang bebanan serta tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui dalam SSPA. KLKSE merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (E25)…










