Bila saya bersuara, kalian provokasi pula - Mia Sara Nasuha - Utusan Malaysia

Bila saya bersuara, kalian provokasi pula – Mia Sara Nasuha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terus menjadi sorotan, pelakon, Mia Sara Nasuha kesal apabila tindakannya mengulas mengenai kontroversi bersama aktres, Puteri Balqis tempoh hari tetap mengundang kecaman ramai.

Menurut Mia, niatnya bersuara hanya untuk mempertahankan diri dan membersihkan nama baiknya, namun tetap menerima pelbagai tohmahan dan kecaman melampau.

“Ya, saya boleh berhenti bercakap, tapi orang akan berhenti bercakap tentang saya ke? Tidak kan? Bila saya diam pun, kalian tetap suka mencaci dan menghina. Seronok kumpul dosa,” katanya di Threads.

Disangka tindakannya dapat menjernihkan keadaan, pelakon filem Papa I Love You itu juga terkilan apabila dirinya menerima pelbagai komen yang berbaur provokasi.

“Bila saya akhirnya bersuara sebab kalian provok pula, baru nak fikir pasal dosa ya,” tegasnya.

Pada Rabu lalu, Mia menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah membuli Puteri Balqis seperti yang diperkatakan oleh pelakon tersebut pada Januari lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Mia juga bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Balqis dan beberapa pihak yang didakwa mencemar nama baiknya.

Pun begitu, Mia dalam sebuah kenyataan berkata tindakannya berbuat demikian hanya sekadar mahu memberi amaran dan ruang untuk pihak Balqis berfikir kerana enggan mengheret isu tersebut ke mahkamah.

Namun, dia tidak teragak-agak untuk melanjutkan saman tersebut jika perkara itu masih berlarutan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN