PETALING JAYA: Tindakan segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa menyerang kepimpinan tertinggi parti disifatkan sebagai satu perkara yang mencurigakan dan tidak wajar berlaku ketika parti sedang berdepan cabaran politik semasa. Menurut kenyataan bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin dan Mohd. Yazid Mohd. Yunus, kepimpinan parti digesa agar mengambil pendirian tegas terhadap sebarang usaha yang dilihat bertujuan melemahkan parti tersebut dari dalam. Katanya, keadaan…










