Bekas pemain Harimau Malaya jual air balang Gopi

Bekas pemain Harimau Malaya jual air balang Gopi

BEKAS pemain Harimau Malaya, Mohammad Gopi Rizqi meneruskan jualan air balang sempena Ramadan tahun ini di Kampung Api-Api, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi meneruskan perniagaan kecil-kecilannya sempena Ramadan tahun ini dengan menjual air balang di Kampung Api-Api, di sini.

Dia yang berasal dari Kuantan, Pahang dan pernah bermain bersama beberapa kelab bola sepak tempatan itu memulakan perniagaan tersebut pada Ramadan tahun lalu selepas berdepan isu tunggakan gaji.

Tahun ini, Gopi sekali lagi bergelar peniaga Bazar Ramadan, namun bukan disebabkan masalah tunggakan gaji sebaliknya susulan permintaan tinggi daripada pelanggan tahun lalu.

“Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Air Balang Gopi akan beroperasi di Kampung Api-Api, InshaAllah. Semoga dimurahkan rezeki yang halal lagi diberkati.

“Selain air, saya turut menjual popia carbonara yang mudah dan cepat dimasak. Kami beropol bermula pukul 3.30 petang sehingga 7 malam,” katanya menerusi media sosial rasmi miliknya.

Perniagaannya itu turut mendapat perhatian Facebook rasmi Harimau Malaya yang turut mempromosi air balang Gopi kepada peminat bola sepak tempatan.

“Siapa lambat, tak dapat. Bekas pemain Pahang, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Gopi Rizqi kembali dengan Air Balang Gopi. Lokasi di Kampung Api Api, Pontian, Johor.

“Tengok review pelanggan ramai kata memang padu. Sama padu macam Gopi gelecek defender lawan dulu dulu. Siapa yang berdekatan jangan lupa singgah dan ‘support” ya,” tulis kenyataan itu.

Selain pernah menyarung jersi Harimau Malaya, Gopi turut menyarung jersi Pahang, Selangor, Johor Darul Ta’zim, Melaka United dan Polis Diraja Malaysia. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN