SUBANG JAYA: Kerajaan mengutamakan penggunaan barangan keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) dalam pengurusan bantuan bencana khususnya bagi persiapan menghadapi Monsun Timur Laut yang akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, langkah itu telah diarahkan supaya barangan IKS digunakan dalam pengagihan bantuan kepada mangsa dengan penyelarasan dilakukan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). “Saya telah mengarahkan agar barangan yang akan diedarkan ketika Monsun Timur Laut…










