PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan, beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam mana-mana syarikat setakat hari ini. Beliau berkata, ini termasuk dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Velocity Capital kerana ia telah pun dilupuskan pada tahun lalu. Dalam hal ini, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menyemak dengan Bursa Malaysia jika penjelasan beliau itu meragukan. “Sekarang dalam akaun saya…










