PUTRAJAYA: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan terus diteliti selari perkembangan semasa dan tuntutan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau tidak mempunyai masalah terhadap tuntutan pelajar kerana ruang kebebasan telah pun diperluaskan menerusi beberapa pindaan akta sebelum ini. “Saya tidak ada masalah dari segi tuntutan pelajar kerana kita memberi kebebasan kepada pelajar dan apa yang kita lihat kebebasan pelajar…










