Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan

Anugerah Kecemerlangan Agro Madani iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan

MOHAMAD Sabu menyampaikan anugerah pencapaian sepanjang hayat kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Agro Madani (MAX) 2025/2026. - GAMBAR MySKALA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anugerah Kecemerlangan Agro Madani (MAX) 2025/2026 menjadi platform untuk menghargai usaha gigih semua yang terlibat dalam rantaian nilai industri makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengiktirafan yang diterima bukan sekadar satu penghormatan, tetapi amanah untuk terus menjadi contoh, peneraju dan pemangkin kepada pembangunan sektor agro makanan Malaysia.

Katanya, kerajaan melalui kementerian ini akan terus komited dalam memperkukuhkan sektor ini melalui pelbagai inisiatif seperti pemerkasaan teknologi pertanian pintar dan digital.

“Ini termasuk peningkatan produktiviti dan kecekapan rantaian bekalan makanan, penggalakan penglibatan golongan muda dan usahawan baharu dalam industri agro.

“Selain itu ia memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Kita percaya bahawa dengan kerjasama erat semua pihak, Malaysia mampu mencapai tahap keterjaminan makanan yang lebih kukuh serta menjadi hab agro makanan yang berdaya saing di peringkat serantau dan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Madani Agro Excellence di Shah Alam malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi MySKALA, Fazrul Nizam Osman dan Timbalan Pengerusi MySKALA, Syed Nabil Aljeffri.

Antara pengiktirafan yang disampaikan adalah anugerah kecemerlangan industri termasuk bidang pertanian, pemprosesan makanan dan juga F&B.

Sementara itu, Fazrul Nizam yang juga pengerusi penganjur berkata, anugerah ini dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada pelbagai pengusaha industri pertanian dan makanan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri pemakanan negara.

Selain itu, katanya, anugerah ini memberi pengiktirafan khas kepada penyumbang teknologi, pelopor industri yang berkesan, kerjasama koperasi cemerlang dan juga kecemerlangan bumiputra.

“Program ini memberi pengiktirafan khusus kepada kecemerlangan individu, atas dasar keusahawanan cemerlang dan juga pencapaian sepanjang hayat hasil sumbangan yang tidak ternilai kepada rantai bekalan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN