Anggota tentera maut bukan kes buli 

Anggota tentera maut bukan kes buli 

TANGKAP layar memaparkan seorang lelaki dipercayai anggota tentera menerima rawatan di sebuah hospital dan dikaitkan dengan mangsa buli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menafikan kematian seorang anggota tentera di daerah ini semalam disebabkan kejadian dibuli seperti yang tular dalam sosial media.

Hantaran dalam media sosial itu memaparkan gambar dipercayai anggota tentera berkenaan sedang dirawat diatas katil sebuah hospital.

Hantaran itu disertakan keterangan menyatakan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dipercayai akibat dibuli dan dipukul menggunakan senjata kayu dan besi di Kem TUDM Kuantan.

Menurut hantaran itu lagi, seramai tujuh anggota dan pegawai TUDM dipercayai terlibat  dalam kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan polis.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner  Ashari Abu Samah berkata, anggota berkenaan  dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri semalam dan disahkan meninggal dunia pada malam  kejadian.

“Ibunya membuat laporan polis mengatakan anaknya dibuli namun siasatan lanjut yang dijalankan tidak menemukan sebarang kesan kecederaan pada badannya.

“Daripada bedah siasat juga doktor mengesahkan semua organ dalaman dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan selain masih menunggu laporan kimia darah dan sebagainya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang kenyataan atau tuduhan yang tidak berasas yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN