Anak Amyza Aznan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak Amyza Aznan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, 23, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak lebih satu tahun lalu.

Berita duka itu dikongsikan Amyza menerusi Instaramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum, dengan dukacita, anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi.

“Minta semua sedekahkan Al Fatihah kepada anak saya,” tulisnya di Instastory.

Amyza terdahulu memaklumkan keadaan anaknya kritikal justeru memohon bantuan pakar rawatan alternatif lain untuk merawat arwah.

Amyza sekitar Februari tahun lepas memaklumkan Andre meghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Baru-baru ini, Amyza megejutkan ramai pihak apabila memaklumkan anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula diuji dengan penyakit kanser tulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN