PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri termasuk wilayah Persekutuan hari ini.
Negeri terlibat adalah Selangor (Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang); Negeri Sembilan (Port Dickson, Rembau); Melaka dan Johor (Tangkak, Pontian, Kulai, Johor Bahru).
Sementara itu, Sarawak (Bintulu, Sebauh); Sabah (Sandakan, Beluran, Pitas, Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat pukul 9 pagi.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir hasil intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang dijangka berlaku melebihi sejam.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan cuaca semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti luar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui portal www.met.gov.my atau layari media sosial rasmi MetMalaysia di Facebook. – UTUSAN








