Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha akur dengan ketentuan takdir apabila tidak dapat memberikan anak bongsunya, Aisha Amaira seorang adik pada tahun ini.

Kata Fasha, hasratnya itu terpaksa ditunda kerana dia dan suaminya, Aidil Aziz perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tuntutan kerja terlebih dahulu.

“Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik. Tiada rezeki lagi. Tak apa, sabar ya sayang. 2027 InsyaAllah, kita cuti.

“2026 ini ibu ayah pulun kerja dahulu ya sayang. Aisha gomol saja adik-adik sepupu dulu ya sayang.,” katanya di Threads.

Untuk info, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha.

Sebelum itu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, dan Putri Raysha Jemyma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN