KUBANG PASU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mematahkan cubaan menyeludup 99,900 kilogram (kg) beras di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini semalam. Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 4 petang, AKPS menahan dua buah kontena yang dipercayai membawa masuk beras ke negara ini tanpa sebarang pengisytiharan. Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kesemua beras yang masing-masing dibawa sebanyak…










