PETALING JAYA: Tunas Bestari Golf Academy (TBGA) terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi penting dalam landskap pembangunan golf remaja negara menerusi pencapaian konsisten di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ditubuhkan pada 2015 di bawah naungan TSM Charity Golf Foundation, akademi itu diasaskan dengan objektif murni untuk merapatkan jurang akses latihan golf profesional khususnya kepada golongan belia kurang berkemampuan. Seiring peredaran masa, TBGA berkembang daripada sebuah inisiatif akar umbi kepada pusat latihan berprestasi…










