Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN

Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Perkara tersebut diputuskan selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut.

Presiden Parti Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan tersebut bertepatan dengan prinsip PN yang menekankan keterangkuman dan selari perjuangan semua parti dibawah gabungan itu.

“Kami ucapkan tahniah kepada beliau. kami berharap beliau laksanakan semua kerja terutama demi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16(PRU16),”katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN