Ahli seumur hidup dakwa Bersatu Kepala Batas belum 'terkubur'

Ahli seumur hidup dakwa Bersatu Kepala Batas belum ‘terkubur’

MUHAMMAD KHAIRI ZAINOL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kepala Batas mendakwa, parti itu masih belum ‘terkubur’ di Kepala Batas kerana ramai ahlinya yang masih setia ketika ini.

Dakwaan itu dibuat oleh Muhammad Khairi Zainol Abidin yang juga merupakan Exco Armada Bersatu tidak sampai 24 jam selepas Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq mengumumkan pembubaran jawatankuasa bahagian parti berkenaan, malam tadi.

“Kami difahamkan hanya ahli jawatankuasa bahagian sahaja letak jawatan dan keluar parti. Tetapi, majoriti besar jawatankuasa cawangan dan ahli-ahli biasa masih lagi ada dan ikhlas dalam perjuangan parti.

“Maka, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu masih boleh melantik jawatankuasa penaja dalam kalangan ahli-ahli yang masih ada,” kata Muhammad Khairi dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Kepala Batas atas khidmat mereka selama memegang jawatan.

“Ahli-ahli di peringkat akar umbi akan terus bergerak seperti biasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan terus bekerja dalam memperkasakan parti,” ujar beliau.

Selain jawatankuasa Bersatu Bahagian Kepala Batas, satu lagi jawatankuasa Bersatu bahagian iaitu Tanjong turut mengumumkan pembubaran jawatankuasa mereka dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara bersama di Kepala Batas, malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN