Dalam sejarah penulisan puisi, penulis Almarhum Suhaimi Haji Muhammad dikategorikan penyair sufi kerana menghasilkan puisi tentang ketuhanan, tasawuf dan cinta terhadap Allah yang Maha Esa. Menurut catatan Zabidin Ismail, penyair Suhaimi menukangi puisinya dengan aliran realisme, surelisme, mistikisme dan eksistensialisme. Jelas Zabidin, Suhaimi mengutarakan empat aspek pemikiran iaitu Keadilan Sosial, Kepincangan Sosial, Keagamaan dan Sufisme. Tujuh kumpulan puisi Suhaimi iaitu Wujud (1997), At-Tariq (2000), An-Nur (2003), As-Salam (2006), Asyik (2006),…










