KUALA NERUS: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu akan menjalankan siasata ekoran penemuan beberapa batang jarum dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah yang berselerak di kawasan pantai belakang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini. Pengarahnya, Arzmi Abdullah berkata, setakat ini kawasan berkenaan tidak pernah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan penagih dadah. “Sepanjang pemantauan kita, kawasan belakang UMT itu tidak pernah dikenal pasti sebagai ‘port’ penagih. Biasanya, lokasi yang dikenal pasti adalah di…










