ALOR GAJAH: Seramai 564 petugas akan menyantuni 31,600 jemaah haji bagi musim haji 1447H/2026M kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr. Zulkifli Hasan. Menurutnya, Tabung Haji (TH) menyediakan 339 orang Petugas Rombongan Kebajikan daripada warga kerja TH, dan anak syarikat TH yang akan berlepas ke tanah suci pada 9 April depan. Beliau berkata, antara agensi luar turut terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara…










