JOHOR BAHRU: Kesesakan trafik di Tambak Johor dan LinKedua di Gelang Patah dijangka berlaku susulan peningkatan sehingga 40 peratus jumlah kenderaan memasuki negeri ini menerusi dua pintu sempadan antarabangsa itu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, peningkatan jumlah kenderaan memasuki negeri ini menerusi laluan lain turut dijangka merekodkan jumlah peratusan sama. Menurut beliau, ia susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan yang bersambung dengan cuti panjang sesi…










