JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dan seorang wanita maut dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Damai Jaya, Skudai, di sini awal pagi tadi. Mangsa, Mohd. Shahrizal Yap, 22, dan Wan Nurkhairani Wan Norzaini, 21, ditemukan sudah meninggal di tingkat atas rumah berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Saifulbahari Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.28 pagi. “Seramai 13 anggota bomba…










