Muiz sasar kejutan pickleball Terbuka Kuala Lumpur

Muiz sasar kejutan pickleball Terbuka Kuala Lumpur

Muiz ketika menjalani latihan di sbua pusat gelanggang di Petaling Jaya, hari ini. - IHSAN PENGANJUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Wan Muiz Wan Abdul Aziz tekad melakar kejutan dan memburu kejuaraan menjelang Kejohanan Persatuan Pemain Pickleball (APP) Terbuka Kuala Lumpur 2026 yang membuka tirai hari ini hingga 14 Februari ini.

Beraksi dalam kategori profesional yang menghimpunkan barisan pemain elit dari Amerika Syarikat, Hong Kong dan India, Muiz mengakui cabaran kali ini cukup sengit namun enggan sekadar menjadi pelengkap jadual pertandingan

“Sudah pasti sasaran saya untuk kejohanan Terbuka Kuala Lumpur esok adalah untuk memenangi kejohanan tersebut walaupun kita tahu tahap pertandingan itu agak tinggi dengan kehadiran pemain dari Amerika Syarikat, Hong Kong dan India kerana hadiah wang tunainya juga besar.

“Namun kita tak tahu mungkin mereka tidak biasa dengan cuaca di sini dan saya akan cuba yang terbaik serta kalau boleh mahu mencipta satu kejutan selain sekurang-kurangnya meletakkan diri ke suku akhir terlebih dahulu,” kata Muiz selepas majlis pengenalan rasmi pasukan Thrive Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas statusnya sebagai pemain dibawah naungan Thrive Malaysia, Muiz berkata peranan itu selari dengan impiannya untuk muncul pemain profesional sepenuh masa sekali gus menjadi inspirasi baharu dalam usaha memperkasa sukan pickleball di pentas dunia.

Dalam pada itu, rakan kongsi Thrive Malaysia, Cavan Ang, berazam membawa lebih ramai pemain tempatan menyertai jenama antarabangsa itu sekali gus melonjakkan Malaysia ke persada pickleball dunia.

Cavan menambah, dengan penyertaan pemain tempatan dalam kategori profesional menentang barisan terbaik dunia pada kejohanan kali ini, beliau percaya Thrive mampu menjadi pemangkin kebangkitan Malaysia sebagai kuasa baharu pickleball serantau dan global.

“Di Malaysia sekarang ada kira-kira enam pemain yang sudah menandatangani bersama kami dan kami sentiasa mencari lebih ramai pemain serta duta kerana anda tidak perlu menjadi profesional sepenuhnya, kami cuma mahu pemain yang mahu berkembang dan menjadi lebih baik.

“Impian saya adalah untuk menjadikan Thrive sebagai salah satu nama isi rumah di Malaysia dan pada masa sama mencari pemain yang mewakili permainan ini dengan cara yang betul selain menggunakan platform ini untuk melahirkan pemain paling holistik sebelum membawa Malaysia berdiri sama tinggi di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Kejohanan ini berjaya menarik 1,760 peserta merangkumi pemain profesional, amatur dan junior ini membabitkan hadiah wang tunai keseluruhan RM210,000 untuk kategori profesional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN