KUALA TERENGGANU: Seramai 12 penyokong Selangor FC yang membuat kecoh di Jambatan Angkat Kuala Terengganu Ahad lalu, dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memiliki dan menyalah guna dadah. Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak menetapkankan 4, 5 dan 6 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh Muhammad Amirul Izham Anuwa, 26, didakwa memiliki dadah berbahaya disyaki kanabis seberat 1.12…










