SEREMBAN: Sebanyak 12 lokasi kawasan tumpuan kesesakan trafik dikenal pasti menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebanyak 12 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan kesesakan trafik susulan hampir 800,000 kenderaan dijangka memasuki Negeri Sembilan menjelang cuti ini. Menurutnya, kesemua lokasi berkenaan melibatkan laluan utama dan persimpangan lampu isyarat yang dijangka mengalami pertambahan kenderaan susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung…









