KUANTAN: Hanya tinggal 11 bulan sebelum projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat sejarah dengan pelancaran tren pertama dari Gombak, Selangor menuju Kota Bharu, Kelantan. Projek mega yang menjadi nadi pengangkutan baharu negara itu dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi, sosial dan budaya antara Pantai Timur serta Lembah Klang. Dengan jarak 665 kilometer, ECRL bakal memendekkan masa perjalanan yang selama ini mengambil masa berjam-jam melalui jalan darat. Menteri Pengangkutan,…










