PORT DICKSON: Bangsal nelayan di Jeti Telok Pelandok di sini yang musnah dalam kebakaran pada 2022 kini berwajah baharu dan bakal menjadi tarikan pelancong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, pembinaan semula bangsal tersebut berkonsepkan pondok pantai berwarna-warni atau bathing boxes seperti yang terdapat di pantai-pantai di Australia. “Bangsal ini pernah terbakar pada 2022 dan selepas saya menjadi ADUN Linggi, saya telah mendapatkan peruntukan sebanyak…










