Wajah saya ada kedutan, macam mana boleh kata suntik? - Maria Farida - Utusan Malaysia

Wajah saya ada kedutan, macam mana boleh kata suntik? – Maria Farida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Maria Farida, 56, memaklumkan sedikit kesal apabila dituduh melakukan prosedur kosmetik untuk kelihatan muda.

Tegas Maria, dia tidak pernah sekali pun melakukan sebarang pembedahan atau mengambil apa-apa suntikan semata-mata untuk mengekalkan keremajaan wajah, sebaliknya sekadar menjalani rawatan asas secara berkala.

“Saya buat rawatan asas sebab dapat tajaan sebuah klinik ini. Tapi tidak membabitkan sebarang suntikan atau prosedur kosmetik.

“Tapi saya hairan orang masih tuduh saya cucuk muka, padahal tidak. Hakikatnya, wajah saya ini ada kedutan, jadi macam mana orang boleh kata saya suntik?

“Saya cuma boleh sorok dengan solekan dan filter media sosial sahaja. Suntik atau bedah memang saya tak buat,” katanya.

Maria berkata demikian ketika ditemui media pada majlis tayangan perdana filem Pemuja di GSC Starling Mall, baru-baru ini.

Ibu seorang cahaya mata ini disoal mengenai amalannya untuk keliahatan muda dan cantik di usia 50-an.

Maria dalam masa yang sama memaklumkan dia berpegang teguh dengan prinsip untuk tidak melakukan sebarang prosedur yang merosakkan wajah semata-mata untuk kelihatan awet muda.

“Prosedur ini menyakitkan, saya tahu yang saya ini tak tahan sakit.

“Dan tak semestinya suntikan-suntikan ini semua boleh membuatkan kita nampak cantik. Saya lihat ada individu yang wajahnya bertukar pelik sebab suntikan kosmetik.

“Jadi biarlah wajah saya berubah seiring usia. Hargai apa yang Allah sudah berikan.

“Apa yang boleh saya kata, saya bersyukur kerana dianugerahkan genetik yang membuatkan saya dan keluarga nampak muda. Kita terima sahaja apa yang kita ada,” kongsinya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN