PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu pasukan khas diwujudkan bagi memperkukuhkan sistem audit negara sebagai langkah mencari jalan menutup sebarang ruang yang memungkinkan berlakunya kebocoran dana awam di semua peringkat kerajaan. Perdana Menteri berkata, cadangan itu merupakan antara syor yang dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara supaya setiap tindakan pengauditan dapat diambil dengan lebih pantas daripada kebiasaan, sekali gus memberi kesan yang lebih menyeluruh. “Kalau kita kekal dengan pemikiran tahap…










