Tiga bekas ADUN saman Speaker DUN Perlis

Tiga bekas ADUN saman Speaker DUN Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas digugurkan keahlian parti menfailkan saman pemula ke atas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’sele Eizan dan DUN Perlis di atas keputusan kekosongan luar jangka.

Saman pemula tersebut dikemukakan bekas ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim, Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) masing-masing sebagai plaintif pertama hingga ketiga di Mahkamah Tinggi Kangar di sini semalam dengan menamakan Rus’sele dan DUN Perlis sebagai defendan pertama dan kedua.

Mohd. Ridzuan berkata, mereka telah membaca kenyataan akhbar Yang Dipertua DUN Perlis yang mengumumkan berlaku tiga kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Guar Sanji, Bintong dan Chuping.

Ketiga-tiga mereka yang diwakili peguam Mohd. Jamil Yaacob menuntut pengumuman yang dibuat defendan pertama adalah di luar aturan, terbatal, dan tidak sah.

Katanya, mereka berpendapat bahawa pandangan itu terkhilaf kerana bertindak di luar bidang tugas diperuntukkan.

“Oleh itu, kami menfailkan saman pemula ke atas Speaker DUN Perlis sebagai defendan pertama dan DUN Perlis sebagai defendan kedua demi menuntut keadilan daripada pihak mahkamah.

“Tindakan kami ini adalah demi kebajikan dan kepentingan rakyat yang tidak akan mempunyai wakil rakyat untuk tempoh dua tahun bagi membela nasib mereka sebelum berlaku pilihan raya semula,” katanya.

Pada 25 Disember lalu, Rus’sele mengumumkan kekosongan luar jangka DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas ADUN terlibat terhenti keahlian Pas susulan menandatangani akuan  berkanun menarik sokongan Mohd. Shukri Ramli selaku Menteri Besar.

Rus’sele ketiga dihubungi Utusan Malaysia berkata, terserah kepada tiga bekas ADUN mengemukakan saman memandangkannya mendapat pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri iaitu pengosongan luar jangka di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis.

“Yang selebihnya terserah kepada pihak mahkamah,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN