Tiga ahli Kapten Praba tiba di mahkamah

Tiga ahli Kapten Praba tiba di mahkamah

TIGA ahli 'Geng Captain Praba' dikehendaki yang juga suspek utama 'Ops Jack Sparrow' yang ditahan di Mumbai, India, Ahad lalu dikawal anggota polis tiba atas pertuduhan kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Sepang di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga individu yang disyaki sebahagian daripada kumpulan ‘Kapten Praba’ tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang, di sini hari ini bagi menghadapi prosiding mahkamah.

Kesemua suspek dibawa dengan kawalan ketat polis sebelum tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 2.35 petang tadi.

Ketibaan mereka diiringi beberapa kenderaan pegawai polis dan kenderaan rasmi polis berserta sebuah van polis.

Difahamkan, tiga individu tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini untuk proses dokumentasi dan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Terdahulu, tiga penjenayah warga Malaysia yang ditahan di Mumbai, India ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba pada pukul 1 pagi menaiki penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA), Mumbai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN