PETALING JAYA: Pelakon, Intan Najuwa akhirnya bersuara berkenaan kes saman sivil yang difailkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen, Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil.
Menerusi dokumen bertarikh 16 Disember tahun lepas, mahkamah mengarahkan defendan, sebelum 15 Januari ini, melunaskan bayaran berjumlah RM1.3 juta.
“Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputsukan,” jelas Intan menerusi satu hantaran di Instagramnya petang tadi.
Intan dalam hantaran sama memaklumkan kenyataan tersebut diajukan khusus untuk pihak Rizman Ruzaini tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen yang lain.
“Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan yang sah,” ujarnya.
Rizman Ruzaini sebelum ini mengunci mulut apabila dikaitkan sebagai pereka fesyen yang didakwa berhutang dengan pelakon tersebut. – UTUSAN










