Tiada produksi yang sanggup ambil pelakon bermasalah - Hanna Aqeela - Utusan Malaysia

Tiada produksi yang sanggup ambil pelakon bermasalah – Hanna Aqeela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hanna Aqeela menyangkal dakwaan yang kononnya dia ‘anak emas’ Global Station Sdn. Bhd.

Hanna atau Hanna Aqeela Mohd Rosni percaya kekerapan bekerjasama dengan syarikat produksi berkenaan bukan sahaja kerana keserasian, malah prestasi dan hasil kerja yang diberikan dalam setiap drama dilakonkannya.

“Tiada produksi yang sanggup ambil pelakon bermasalah.

“Dan tak akan ada produksi yang rela laburkan dana untuk pelakon yang tak bagus.

“Jadi, anak emas atau tidak, saya yakin seseorang itu diambil bekerja kerana sikap, disiplin dan lakonan mereka,” katanya.

Hanna ditemui semasa sesi penggambaran drama Pak Su Ammara di Kajang, semalam.

Bercerita mengenai drama itu, Hannah mengakui teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan pelakon kelas A.

“Barisan pelakon hebat. Ada Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

“Saya berlatih sehabis baik, hafal dialog, monolog depan cermin sebab kalau boleh saya tak mahu tenggelam dengan kehebatan lakonan mereka,” ujarnya.

Pak Su Ammara arahan sutradara Azri Izhar bakal ditayangkan di Astro Ria pukul 10 malam bermula 5 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN