GOMBAK: Kerajaan berpendirian bahawa tiada keperluan untuk pihaknya memberikan penjelasan sekali pun di Parlimen mengenai tuduhan kononnya 5,207 hektar tanah diserahkan kepada Indonesia seperti didakwa pembangkang. Susulan dakwaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pembangkang yang disifatkannya sebagai menabur fitnah dan menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk tujuan itu. “Ini masalah pembangkang, dia (pembangkang) guna kebebasan bercakap merapu, bohong, guna Islam, guna nama Islam untuk tipu, guna nama Islam…










