Tak perlu bandingkan Umairah, Amad Dayyan - Utusan Malaysia

Tak perlu bandingkan Umairah, Amad Dayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Siti Saerah Tarudin, 43, menolak pandangan segelitir pihak yang kononnya berlaku persaingan antara kedua-kedua anaknya, Umairah Saiful Anuar dan Ahmad Dayyan Saiful Annuar.

Menurut Saerah, malah kedua anaknya itu saling menyokong serta mendokong karier dan pencapaian masing-masing.

“Tiada istilah menenggelamkan satu sama lain. Tanpa Umairah, Amad pun tidak akan sampai ke tahap ini.

“Malah Amad cukup mengagumi dan menjadikan Umairah sebagai sumber inspirasinya.

“Mereka ini saling menolong, menaikkan satu sama lain. Jadi mereka tak perlulah dibanding-bandingkan.

“Anak-anak saya ada kelebihan masing-masing. Masyarakat pun nampak perkara itu,” katanya.

Dalam masa yang sama, Saerah menaklumkan tidak pernah terbeban menguruskan kerjaya nyanyian anak-anaknya itu yang semakin berkembang dewasa ini.

“Umairah pun dijaga baik oleh ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Alhamdulillah, kelima-lima anak saya ada kelebihan masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN