PETALING JAYA: Kontena yang dikesan membawa masuk sisa elektronik (e-waste) secara tidak sah atau diisytiharkan palsu boleh ditahan atau dipulangkan ke negara asal di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bukan itu sahaja, kertas siasatan boleh dibuka sekali gus pendakwaan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan terhadap pihak terlibat termasuk pembatalan lesen. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar…










