PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memantau rapi perkembangan terkini berhubung isu penangkapan seorang lelaki bergelar Tan Sri yang disyaki menipu duit pelabur dipercayai membabitkan nilai lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu. Suruhanjaya itu berkata, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengkaji semula dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam bidang kuasa yang dimiliki. “SC kekal teguh dalam melaksanakan kuasa statutori bagi menegakkan integriti pasaran…










