KOTA BHARU: Stesen Pam Kemubu 4 dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal Februari ini sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air dan ancaman kemarau yang saban tahun menjejaskan petak-petak sawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata, ujian awal ke atas dua daripada lapan pam di stesen berkenaan berjalan lancar yang memberikan keyakinan bahawa keseluruhan sistem bernilai hampir RM20 juta itu berfungsi sepenuhnya, termasuk empat…










