KUALA LUMPUR: Kerajaan dianggarkan mengutip RM55.9 bilion sepanjang tahun lalu melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), iaitu lebih tinggi berbanding kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2017. Oleh itu, kerajaan tidak merancang memperkenalkan semula GST, sebaliknya terus mengekalkan SST sebagai sistem cukai penggunaan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun GST mampu menjana hasil lebih tinggi kerana dikenakan di semua peringkat rantaian bekalan, namun ia memberi kesan…










