PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan pelaksanaan moratorium sementara selama enam bulan bagi menilai semula kemasukan sisa plastik dan sisa elektronik (e-waste) ke negara ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tempoh enam bulan itu dicadangkan sebagai langkah percubaan bagi meneliti implikasi sebenar terhadap ekonomi, alam sekitar serta keberkesanan sistem penguatkuasaan sedia ada. Menurutnya, Malaysia tidak memerlukan kemasukan sisa plastik dan e-waste dalam jumlah yang…










