SPRM sita wang tunai babit kes rasuah perolehan tentera

SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta babit kes rasuah perolehan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita emas, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai  dalam pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai kira-kira RM6.9 juta susulan siasatan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia.

Menurut sumber, wang tunai yang disita itu meliputi nilai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Pound, Yen (Jepun), dan Riyal (Arab Saudi).

Kata sumber, sitaan tersebut adalah hasil pemeriksaan SVR di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang yang dipercayai ditinggalkan untuk tujuan pembaikan. 

“Barang kemas yang disita adalah tiga unit jongkong emas 999 yang setiap satunya seberat satu kilogram di mana nilai semasanya adalah kira-kira RM1.8 juta.

“Turut disita sembilan keping emas yang setiap satunya seberat 100 g yang nilai semasanya adalah lebih setengah juta ringgit di samping SVR yang dianggarkan  bernilai kira-kira RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN