PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak tujuh buah akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu yang dianggarkan kira-kira RM700,000. Menurut sumber, tindakan itu adalah berkaitan siasatan kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Sumber itu berkata, siasatan yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM itu turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM tersebut yang bernilai kira-kira RM2 juta. Katanya, setakat…










