Skuter Lambretta X300 CASA edisi terhad dijual semula RM48,000 - Utusan Malaysia

Skuter Lambretta X300 CASA edisi terhad dijual semula RM48,000

WALTER Julius Albert Scheffrahn (dua dari kiri) dalam majlis penyerahan skuter Lambretta X300 CASA edisi terhad di Sepang, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak 99 penunggang di negara ini menjadi satu-satunya pemilik skuter Lambretta X300 CASA edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 999 unit di seluruh dunia.

Mereka menerima skuter masing-masing yang disampaikan oleh pemilik jenama Lambretta, Walter Julius Albert Scheffrahn dalam satu majlis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas di sini, baru-baru ini.

Harga skuter tersebut disenaraikan sebagai harga atas permohonan (POA) berikutan model itu jarang ditemui di Malaysia serta permintaan yang sangat tinggi.

Ia dengan pantas menjadi barangan koleksi, malah terdapat pemilik yang telah menaikkan nilai jualan semula sehingga RM48,000.

Walter turut menyertai himpunan terbesar pemilik Lambretta yang diiktiraf dalam Rekod ASEAN dan Rekod Asia serta mengetuai konvoi skuter buatan Itali itu mengelilingi SIC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN