KUALA LUMPUR: Sifat pemaaf Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disamakan dengan watak legenda Melayu, Hang Jebat oleh seorang perwakilan UMNO Kedah. Timbalan Ketua UMNO Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin berkata, keperibadian itu terserlah menerusi kesediaan Ahmad Zahid menerima semula bekas pemimpin UMNO untuk kembali bersatu di bawah parti, meskipun pernah berlaku pertelingkahan sebelum ini. Katanya, keadaan tersebut mengingatkan kepada kisah Hang Jebat yang masih mampu memaafkan sahabat…










