Sedekah di media sosial
SOALAN
Dalam media sosial banyak tawaran memberi sedekah untuk penubuhan pusat tahfiz atau masjid tetapi kita tidak tahu kesahihannya.
Apa hukumnya kita memberi sedekah melalui imbasan QR dan bersedekah tanpa tahu kesahihannya?
Mulyadi
Johor baharu
Jawapan
Hukum memberi sedekah melalui QR adalah sah dan insya-Allah mendapat ganjaran di sisi Allah. Yang penting pihak masjid atau pusat tahfiz berkenaan menguruskan wang sedekah atau infaq tersebut dengan betul dan tidak menyeleweng.
Keliru banyak mazhab
SOALAN
Saya keliru kerana banyak amalan sekarang yang berbeza mazhab termasuk dalam hukum fikah. Mana satu yang perlu kita ikut sebab risau amalan kita tidak diterima andainya cara kita salah.
Insan keliru
Pandamaran
Jawapan
Apabila berlaku kekeliruan pandangan ulama berpeganglah kepada mazhab tempatan.
Beri makan kepada gelandangan
SOALAN
Bolehkah kita memberi makan kepada golongan gelandangan yang dibimbangi menggalakkan mereka meminta-minta tanpa berusaha walaupun mempunyai tubuh badan yang sihat?
Murni
Kampung baru
Kuala Lumpur
Jawapan
Memberi makan kepada orang yang meminta atau tidak ada kemampuan kewangan adalah amalan mulia walaupun kita ragu-ragu kepadanya. Bersedekah adalah perbuatan yang dipandang tinggi dalam agama Islam.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]










