PETALING JAYA: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) menandatangani satu perjanjian pembangunan bagi melaksanakan secara bersama sebuah projek kediaman dan komersial di Bintulu, Sarawak. Projek tersebut akan dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, SCIB Development Sdn. Bhd. (SCIB Development) dengan kerjasama pemilik tanah berdaftar Lot 88, Daerah Tanah Kemena, iaitu sebidang tanah kosong seluas kira-kira 11.1 hektar terletak di Sungai Sibiau, Bintulu. Pengerusi Eksekutif SCIB, Datuk Chong Loong Men berkata, perjanjian…










