KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri perlu melaksanakan tindakan susulan terhadap segala ketetapan dan rumusan yang dikemukakan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) dengan bersungguh-sungguh. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, kerajaan termasuk agensi-agensi yang bertanggungjawab hendaklah memberi perhatian dan menghormati perkara yang telah dirumuskan MKI, demi memberikan nilai bermakna kepada peranan MKI. Titah baginda yang juga Pengerusi MKI, ketetapan dan rumusan yang dicapai serta diperakukan,…










