KUCHING: Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) harus dirombak semula dengan melibatkan kementerian dan agensi persekutuan supaya isu berkaitan kesihatan Sarawak tidak terus dimainkan seperti bola. Justeru, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegaskan akan membawa perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63, Datuk Amar Fadillah Yusof untuk pertimbangan. “Kita mahu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perkhidmatan Awam…










